This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 2 Mei 2011

Semporna Daily : Obama bunuh osama b. laden


AS bunuh Osama bin Laden: Obama

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat pengumuman kejayaan tentera negara itu membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di Rumah Putih, Washington hari ini. - Foto Reuters


WASHINGTON: Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam serangan yang dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS), kata Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman menerusi televisyen negara itu, sebentar tadi. - AFP 

Semporna Daily : Rintihan Mereka Harus Didengar

Sila Baca....

Re: Semporna ... Kasian............

by ayang55 » Fri May 30, 2008 10:55 pm
Eadmas wrote::( Semporna adalah sabuah tampat yang menarik namun kenapa harus dibebankan dgn kemasukan pandatang asing..kenapa harus menanggung semua ini.


Siapa yang patut bertanggungjawab ke atas asakan terus menerus PTI ini..?? Saya tengok ramai askar di tempatkan di pekan tersebut..tetapi pendatang masih ada lagi..?? MP amacam ..??? bukan itu sahaja MP,...kebersihan dan taraf ekonomi penduduk semporna langsung tidak terjaga..tempat pembuangan sampah...pelupusan sampah pun tarak..kalau kamurang pernah pergi ke pekan dia..berhadapan dengan milimewa tu adalah mainhole najis yang pecah dan mengeluarkan bau yang amat busuk..saya hairanlah..amacam pemimpin di sana boleh tahan itu bau..?? Janji saja bukan main tetapi...buat tu...mmmm..




ada butulll

Postby ayang55 » Sun Jun 01, 2008 9:30 pm
koruk kiut wrote:semporna tmpt yg cantik dan byk potensi ttp nda kana jg dgn baik bah.sayang betul.
hotel pun kurang.klu mcm ada pesta mcm lepa2 tu org yg dtg dari luar ada yg x cukup tmpt tggl,terpaksa lah menginap d tawau la,LD la.
lg satu semporna ni byk PTI.adoi dogo,. :shock:
:shock: butul..butul ada butul ko punya cakap tu,..hotel pun kurang...pekan kecik,..sepatutnya boleh jadi macam bandar tawau tu...memang ada potensi,.tambahan pulak pusat pelancongan yang terkenal..tetapi kebersihan tidak terjaga,...alahai yb,...tarak kah kamurang kasihan melihat tampat itu...?? wahai yb naikkan lah taraf ekonomi penduduk mu...uiiinaaaa..angaikah batilu...???




Postby koruk kiut » Mon Jun 02, 2008 2:16 pm
itu la bah,siapa bah YB d semporna tu ?.nda sy faham,dia x nmpk kah keadaan d semporna tu.
byk sgt potensi tp x di endah kan.


Postby Eadmas » Wed Jun 04, 2008 1:35 pm
Kita kadang2 bila memilih pemimpin tu banyak pada parti nya bukan kepimpinan calonnya... so jadilah pemimpin yang cita2nya kelain... Bila pemimpin begini ada, urang2 bawahannyapun sama 2 x 5.. Tengoklah sapa di MP(MDS)nya bukan setekat sekolah tapi pemekirannya juga rendah.. APa diorang boleh buat????........ Jangankan najis kat Melemewa dekat Sekolah pun dah jadi bukit..gara-gara MD nya.. Camanalah kita nak nasihatkan anak didik kalau dah di sogok dengan benda2 cam tu....

by Eadmas » Wed Jun 04, 2008 2:45 pm
koruk kiut wrote:semporna tmpt yg cantik dan byk potensi ttp nda kana jg dgn baik bah.sayang betul.
hotel pun kurang.klu mcm ada pesta mcm lepa2 tu org yg dtg dari luar ada yg x cukup tmpt tggl,terpaksa lah menginap d tawau la,LD la.
lg satu semporna ni byk PTI.adoi dogo,. :shock:
Semporna ni, wlpn cantik tapi dah termaktub PTI bnyk..so kitaurang mintalah kalau2 ada org yg prihatin.. cam YB ka supaya cuba mengubah suasana ni Semporna...Sia baru pi Kuching...Puyoooh... aman tempat tu. Klu sia bandingkan dengan di Sabah..jauuuuuuh..PTI x nampak langsung yg ada cuma bangla krja bangunan je..jam 10.00 mlm sunyi da..Klu kta di KK tak pyh ceritalah masih bnyk PTI berkeliaran sampai 2.00 pg pn ada. Jual rokoklah, VCDlah dan mcm2 lg dijual..Masa tu baru sia terfikir negeri kita ni
dah jadi tmpt kluar masuk PTI dah..Semporna lebih lagilah.. Tak taulahayang55 camana nak selesaikan masalah ni...Bagi sy..KALAU PTI INI TIADA, negeri kita akan jadi bersih, cantik dan sosialnya pn mungkin baik..Kan...?

by siput » Wed Jun 04, 2008 3:00 pm
andu...sia pigi semporna itu hari..mcm di tempat tahanan PTI sia rasa..pilaknya betimbun..sana sini bekeliaran mcm semut..lepastu perangai mcm haram...suda la ndak hensem, buruk perangai lagi...budak2nya pulak, memalam buta pigi bekeliaran mcm anjing liar..lepak2 sana sebelah farmasi guardian..semua muka mcm pencuri..mau jak ku timbak tu semua..

Ingin Baca lagi? Klick Di sini dan di sini

Semporna Daily : Arsenal rencat rentak United


LONDON - Pemain antarabangsa Wales, Aaron Ramsey menghidupkan kembali sisa-sisa peluang Arsenal bagi meraih kejuaraan Liga Perdana England (EPL) apabila jaringannya pada minit ke membenam musuh ketat mereka, Manchester United 1-0 di Stadium Emirates, semalam.

Kemenangan itu juga sekali gus membuka ruang buat jiran Gunners, Chelsea kembali mencabar United dalam kejuaraan liga dengan hanya dipisahkan tiga mata.
PEMAIN Arsenal, Aaron Ramsey (jersi No. 16) menyaksikan bola rembatannya melepasi jangkauan penjaga gol Manchester United, Edwin Van der Sar di Stadium Emirates, semalam. Arsenal menang 1-0. - AP
Kedua-dua pasukan bakal bertembung di Old Trafford pada 8 Mei ini dan sekiranya Chelsea berjaya mengatasi United, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu akan mengatasi kedudukan Red Devils dengan liga hanya berbaki dua perlawanan.
Walaupun Arsenal turun tanpa khidmat ketua pasukan, Cesc Fabregas yang mendapat kecederaan pada sesi latihan, taktikal Arsene Wenger menurunkan Aaron Ramsey bagi mengisi slot yang ditinggalkan oleh pemain Sepanyol jelas berbaloi.

Dia dan Jack Wilshere bertindak cemerlang sepanjang perlawanan dengan banyak menghalang barisan tengah United mengaturkan serangan berbahaya ke arah kubu Arsenal di samping penjaga gol muda Gunners, Wojciech Szczesny turut bertindak cemerlang.

Gol Arsenal hadir menerusi gerakan Robin van Persie yang melarikan bola di sebelah kiri sebelum melorong bola buat Ramsey yang tidak dikawal.

Ramsey dengan tenang berjaya melepaskan rembatan ke arah sebelah kanan dari jarak 15 meter dan gagal dijangkau penjaga gol United, Edwin van der Sar bagi memberikan gol kejayaan Arsenal.

Itu merupakan gol kedua peribadi Ramsey pada musim ini pulih selepas berehat panjang akibat kecederaan patah kaki yang dilakukan oleh pertahanan Stoke City, Ryan Shawcross pada musim lalu.

Peluang terbaik United hadir menerusi sepakan percuma pada minit ke-49 tetapi Szczesny pantas menafikan Red Devils mendapatkan gol dan dia turut bertindak bijak menahan percubaan Nani dari jarak dekat melalui gerakan serang balas pada minit ke-77.

Ahad, 1 Mei 2011

Semporna Daily : Pulau Sipadan di jadikan sebahagian dari yang tercantik di dunia

Khamis, 19 Feb. 2009 - Pulau Sipadan, Malaysia telah di pilih sebagai salah satu 'New 7 Wonders Of Nature'. UNDILAH PULAU SIPADAN SEKARANG dengan menekan BANNER 'NEW 7 WONDERS' dibawah ini.

Semporna Daily : Gaddafi tak lepas kuasa

Pemimpin Libya setuju berunding akhiri konflik berdarah


SEORANG anggota pemberontak memegang alat pelancar roket berdiri di atas bangunan ketika beribu-ribu orang menunaikan solat Jumaat di Ajdabiyah. - Foto REUTERS

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi berikrar tidak akan melepaskan kuasanya di Libya tetapi bersetuju untuk rundingan bagi mengakhiri konflik ini walaupun pasukannya masih memberi tekanan terhadap pemberontak di bandar pelabuhan Misrata.

Dalam ucapan awal pagi di televisyen Libya semalam, pemimpin itu berkata Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ‘jangan sekali-kali mengharap’ untuk melihat Muammar Gaddafi berundur.
“Saya tiada jawatan rasmi untuk diserahkan. Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan berjuang hingga mati,” katanya yang menambah kenyataan untuk berbincang.
“Kami sedia berbincang dengan Perancis dan Amerika tetapi tanpa syarat,” kata Gaddafi.

“Kami tidak akan menyerah tetapi saya panggil anda untuk berunding. Jika anda mahu pengawasan, kita akan tandatangan kontrak dengan syarikat anda tetapi tidak berbaloi berperang.

“Antara rakyat Libya, kita boleh menyelesaikan masalah tanpa diserang. Jadi, berundur dan tarik semula jet dan pesawat anda,” katanya memberitahu NATO.

Pemimpin veteran itu bertegas yang pertelingkahannya dengan pemberontak adalah pengganas yang bukan dari Libya tetapi Algeria, Mesir, Tunisia dan Afghanistan.
Beliau berkata, rakyatnya menyayanginya seperti bapa kepada mereka, ‘lebih suci’ daripada Maharaja Jepun kepada rakyatnya.

Sementara itu, NATO menolak tawaran rundingan dengan Gaddafi sebaliknya menggesa beliau menghentikan serangan ke atas penduduk awam sebelum sebarang kompromi boleh dipertimbangkan. – AFP

Semporna Daily : Chelsea, Spurs terikat 1-1 (separuh pertama)

LONDON: Tamat separuh masa pertama saingan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Tottenham Hotspur, kedua-kedua pasukan terikat 1-1.
PENYERANG Chelsea, Didier Drogba (kanan) melompat tinggi memberikan saingan kepada pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric bagi mendapatkan kawalan bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London awal pagi tadi. Keputusan Chelsea 2, Hotspur 1. - Foto AFP

Perlawanan di Stamford Bridge itu menyaksikan Spurs mendahului pada minit ke-19 menerusi rembatan Sandro Raneire tetapi Frank Lampard menyamakan kedudukan menerusi gol kontroversi pada minit terakhir separuh masa pertama.

Jumaat, 29 April 2011

Semporna Daily : Masyarakat Bajau

Masyarakat Bajau

Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat
dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan cara penangkapan tradisional pada masa dahulu. Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal di daerah Ѕemporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau Кota Вelud pula digelar “Koboi Sabah” mini kerana Bajau sudah lama terkenal dengan penunggang kuda dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.”


Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.

Bajau yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualiti dan senang di dapati sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pengunjung yang singgah di Kota Belud.

Orang Bajau Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Masyarakat Bajau Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

Semporna Daily: Masyarakat Suluk

Suluk

Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu KUPOT dan tarian, Daling-daling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah kudat,semporna,sandakan,lahad datu,kota kinabalu,menggatal,tuaran,telipok.

Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Orang Tausug hingga hari ini masih menjadi pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina hingga hari ini.


Kaum Tausug atau Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).

Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranan atau Bud anun yang bererti otang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK yang mendiami kepulauan Sulu.Suku kaum Buranun telah dislamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha ( nenek moyaang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

Orang Buranun dipercayai yang terawal adalah orang yang menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.

Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (sbt. Holo).

Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul.Orang Baklaya adalah merupakan nenek moyang kepada bangsa Bajo atau Bajau dari Daerah Wajo di Sulawesi.

Orang Banjar pula berasal dari suku kaum Dayak yang apabila telah diislamkan dikenali sebagai Banjar merujuk kepada daerah Banjarmasin di Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.Justeru itu bahasa orang-orang Banjar adalah menyamai 80% bahasa Dayak Kalimantan.

Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di Indochina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan inilah kaum-kaum seperti yang disebut di atas yang mewarnai wajah bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.[1]

Suku kaum Tausug juga punya beberapa dialek atau slanga mengikut kawasan atau daerah di antaranya ialah slanga Tausug Tapul, Tausug Basilan, Lugus, Gimbahanun dan lain-lain. Unsur-unsur bahasa Jawa juga ada terdapat dalam bahasa Sug ini tidaklah menghairankan kerana rumpun Melayu di rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang menyumbang kepada Bahasa Sug terus bertahan hingga hari ini.

Asal Usul Istilah Tausug

Tausug berasal dari dua suku kata "Tau" (sbt Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sug" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Kita mengetahui kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara. Bahkan sebahagiannya menjalankan aktiviti di luar kawalan iaitu aktiviti pelanunan di sekitar perairan Laut Sulu hingga ke Laut Sulawesi dan Laut China Selatan. Maka jelaslah asal gelaran "Orang Arus" itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.

Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani". Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian memerangi kaum ini dengan mengistiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) adalah gelaran Spanyol kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.
"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"

Kepulauan Sulu bertaburan sekitar Laut Sulu. Orang Tausug adalah kaum dominan di kepulauan Sulu dan bahasanya (Bahasa Sug) adalah Lingua Franca di sekitar Kepulauan Sulu.

Asal Usul Istilah Suluk

Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.

Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.[3]

Kedua: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.[4]

Seorang Salik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam pandangannya melainkan kewujudan Allah swt al-khalik pendek kata hatinya dipenuhi oleh kebesaran Allah swt. Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata.
Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para syeikh yang arif billah. Para syeikh atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata:
“..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama - pent) yang mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orang-orang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.[5]
Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.

Galeri

Pakaian tradisi orang Tausug dengan parang Sulu (Barong) di pinggang dan kain ridah disangkut di bahu (seperti tradisi Habaib @ Syaraif).
Orang-orang Tausug ketika dulu sangat menghormati Ahlul-Bait samada dari keturunan Syarif (Sayyidina Hassan ra) atau Sayyid atau Habib (Sayyidina Hussein ra). Orang Tausug dipanggil orang Suluk oleh orang Melayu sebab mengamal tasawwuf yang dibawa oleh para Ahlul-Bait tersebut. Mereka adalah Sufi yang rela mati syahid kerana Agama, bangsa dan negara

Pertunjukan Pahlawan Tausug

Orang Tausug telah berjaya mempertahankan wilayah mereka dari ditakluk selama hampir 400 tahun hingga ke hari ini dari penjajah. Peperangan yang panjang menyebabkan mereka ketinggalan dari arus perdana dan sifat mereka yang kasar terhadap musuh telah menjadi identiti mereka hari ini.

Semporna Daily : Under Construction!

Khamis, 28 April 2011

Semporna Daily : Masyarakat Bugis

Bugis

Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Dari segi perkahwinan,suku kaum ini lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat dan perceraian pula merupakan hubungan sosial yang amat tidak disukai oleh suku kaum ini kerana ia meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.

Pakaian tradisional suku kaum Bugis

Pada dasarnya, suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam Dari segi aspek budaya, suku kaum Bugis menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai 'Bahasa Ugi' dan mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil ‘aksara’ Bugis. Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia.

Aksara Bugis

Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.
Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.

Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.

Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman.

Di antara tarian-tarian suku kaum Bugis.


Konsep siri masiri (malu, menjaga maruah) yang dikaitkan dengan kata-kata suku kaum Bugis antara lainnya :

- "...aja mumae’lo nabe’tta taue’ makkalla ‘ ricappa’na lete’ngnge…”.

Maksud terjemahannya : Janganlah engkau mahu didahului orang menginjakkan kaki dihujung titian ( Janganlah engkau mahu didahului orang lain untuk mengambil rezeki ).

- "...naia riasengage’ to warrani maperengnge’ nare’kko moloio roppo-roppo ri laommu, rewe’ko paimeng sappa laleng molai…”.

Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan, Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.

Isnin, 25 April 2011

Sejarah Awal Semporna.


'Tong Talun' adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti "Hujung Hutan" dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Ini kerana pada ketika itu daerah Semporna diliputi/diselubungi oleh hutan belantara di awal penemuannya. Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan nama SEMPORNA yang membawa pengertian "Tempat Yang Aman atau Damai" sehinggalah sekarang.
Daerah Semporna berada dibawah jajahan takluk Kesultanan Sulu, sebuah kuasa politik yang dominan pada suatu masa dahulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada1876 kawasan yang dikenali dengan Borneo Utara ini telah diperintah oleh Syarikat 'British North Borneo Chartered Company' yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan British. Bermula dari itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah secara "untuk selamanya dan berkekalan" kepada syarikat ini sebagai wilayah kuasa urus-tadbir mereka.

Kuasa lain yang pernah cuba menakluk Semporna termasuklah Belanda, namun mereka gagal berbuat demikian kerana kehadiran syarikat British disini. Pada tahun 1963, Sabah telah bersatu dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia.

Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam.

Daerah Semporna juga adalah kawasan kediaman suku kaum nomad (orang-asli) laut yang dikenali dengan 'Palauh'. Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum palauh hanya akan singgah ke tanah besar Semporna jika memerlukan barangan harian atau sebab kematian. Kini sesetengah mereka telah berubah kepada kehidupan yang moden.